Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Kami warga kerja dan kakitangan Kafa Integrasi Nurul Izzah, ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung laman blog ini. Tidak lupa kepada semua ibubapa, guru-guru, dan seluruh Kafa Integrasi di daerah petaling.
Semoga tahun baru ini memberi kita azam yang kuat dan tinggi dalam memartabatkan dan memajukan pendidikan anak-anak kita ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.
Segala pahit dan manis di tahun yang lepas, kita jadikan teladan dan sempadan dalam menjadikan pengalaman dalam memajukan diri di masa hadapan.
Salam Tahun Baru 2010 dari kami, seluruh warga kerja Kafa Integrasi Nurul Izzah buat anda.
Wassalam
p/s : Hari ini program orientasi pelajar tadika dan kafa ( seperti didalam iklan dibawah). Diminta ibubapa dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Terima Kasih
Thursday, December 31, 2009
Selamat Tahun Baru 2010
Posted by Kafa Nurul Izzah at 4:59 PM 0 comments
Tuesday, December 8, 2009
Hari Suai Kenal Pelajar
Assalamualaikom Warahmatullah Hiwabarakatuh
Kepada ibubapa yang telah membuat pendaftaran anak mereka bagi tadika, taska dan kafa (darjah satu sahaja), pihak sekolah akan mengadakan hari suaikenal antara pelajar dengan guru. Sila klik iklan dibawah untuk keterangan lanjut :-
Posted by Kafa Nurul Izzah at 12:00 AM 0 comments
Monday, December 7, 2009
Pendaftaran Sesi 2010
Assalamualaikom Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Untuk makluman dan perhatian pengunjung blog Kafa Integrasi Nurul Izzah yang dihormati, kini pendaftaran untuk sesi 2010 telah dibuka bagi peringkat TADIKA, TASKA & KAFA Nurul Izzah.
Bagi mereka yang berminat mendaftar anak ke pusat asuhan dan didikan kami, boleh terus membuat demikian di sekolah kami mengikut cawangan. ( USJ, Subang Jaya & Puchong ).
Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama salinan fotostat surat beranak dan gambar anak berukuran passport ketika membuat pendaftaran.
Bersama-sama kita mendidik anak-anak kita supaya menjadi generasi yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah.
Posted by Kafa Nurul Izzah at 11:45 PM 0 comments
Visit Our Wonderful Brochures !!!
Click the link below to see our wonderful brochures :-
Page 1 : http://i200.photobucket.com/albums/aa239/akupunye/brochuresfrontpage.jpg
Page 2 :
http://i200.photobucket.com/albums/aa239/akupunye/brochures1.jpg
Page 3 : http://i200.photobucket.com/albums/aa239/akupunye/brochurespg2.jpg
Page 4 : http://i200.photobucket.com/albums/aa239/akupunye/brochurespg3.jpg
Page 5 : http://i200.photobucket.com/albums/aa239/akupunye/satulagibroucher.jpg
Page 6 : http://i200.photobucket.com/albums/aa239/akupunye/brochurespg4.jpg
Posted by Kafa Nurul Izzah at 4:41 PM 0 comments
" Bersama Kita Mendidik "
Ditubuhkan pada 1992. Pusat-pusat Pendidikan Nurul Izzah mengorak langkah membantu masyarakat Islam setempat dengan menawarkan perkhidmatan "SETEMPAT & BERSEPADU". Bermula dengan Jagaan Harian hingga ke kelas Fardhu Ain, kami menerima kanak-kanak seawal usia 1 tahun hingga 12 tahun.
Kami percaya dan mengakui bahawa semua anak-anak boleh belajar, diajardan boleh mencapai kemajuan. Namun, Pengajaran & Pembelajaran ini perlu dilaksanakan atas dasar Kerjasama dan Tanggungjawab di antara ibubapa dan pihak sekolah.
SABDA RASULULLAH S.A.W
"Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara : Amal Jariah, Ilmu yang Bermanfaat dan Anak Soleh yang selalu mendoakannya".
"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, dan kasihilah mereka sebagaimana kasih mereka kepadaku sewaktu aku kecil".
Posted by Kafa Nurul Izzah at 4:40 PM 0 comments