Ditubuhkan pada 1992. Pusat-pusat Pendidikan Nurul Izzah mengorak langkah membantu masyarakat Islam setempat dengan menawarkan perkhidmatan "SETEMPAT & BERSEPADU". Bermula dengan Jagaan Harian hingga ke kelas Fardhu Ain, kami menerima kanak-kanak seawal usia 1 tahun hingga 12 tahun.
Kami percaya dan mengakui bahawa semua anak-anak boleh belajar, diajardan boleh mencapai kemajuan. Namun, Pengajaran & Pembelajaran ini perlu dilaksanakan atas dasar Kerjasama dan Tanggungjawab di antara ibubapa dan pihak sekolah.
SABDA RASULULLAH S.A.W
"Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara : Amal Jariah, Ilmu yang Bermanfaat dan Anak Soleh yang selalu mendoakannya".
"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, dan kasihilah mereka sebagaimana kasih mereka kepadaku sewaktu aku kecil".
0 comments:
Post a Comment